Site icon TechNave BM

Peranti realme dengan nombor model RMX2194 muncul di GeekBench

Sebuah telefon pintar realme yang masih belum dilancar telah dikesan dalam perkhidmatan penanda aras GeekBench, di mana peranti tersebut mempunyai kod model RMX2194. Berdasarkan hasil ujian penanda aras, ia adalah telefon kelas permulaan dan mungkin satu lagi model untuk siri realme C.

Telefon tersebut mempunyai papan induk (motherboard) yang dinamakan sebagai “Bengal”, jadi ia mungkin akan dilengkapi cipset kelas permulaan Qualcomm Snapdragon 460. Selain daripada itu, telefon tersebut akan dilengkapi RAM 4GB dan Android 10, manakala markah ujian penanda arasnya adalah 254 untuk prestasi teras tunggal dan 1171 untuk multi-teras, padan dengan cipsetnya yang berada dalam kelas permulaan.

Pada waktu artikel ditulis, realme telah mengeluarkan dua telefon dengan cipset Snapdragon 460 iaitu realme C17 dan realme C15 Qualcomm Edition. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Geekbench

Exit mobile version