Site icon TechNave BM

Peranti Samsung dengan Snapdragon 750G, Android 11 bakal hadir

Samsung dilihat bertungkus lumus dalam penghasilan telefon pintarnya. Industri telefon pintar bukan sahaja hadir dengan berita mengenai siri Samsung Galaxy S21, tetapi kini sebuah peranti Samsung dengan Snapdragon 750G hadir dalam laman penanda aras Geekbench.

Menurut sumber, peranti dengan nombor model SGH-N378 telah ditemui di Geekbench. Sumber menyatakan bahawa peranti ini akan dijana Snapdragon 750G 5G, RAM 6GB dan dioperasikan oleh Android 11. Untuk pengetahuan anda, Snapdragon 750G ialah cip 8nm yang dilengkapi teras pemproses Kryo 570, dua daripada teras dengan kelajuan 2.2GHz, manakala enam teras dengan 1.8GHz. Pemproses grafiknya pula adalah Adreno 619 seperti yang dilihat pada paparan di Geekbench.

Melalui spesifikasi ini, peranti ini didakwa sebagai peranti kelas pertengahan 5G Samsung Galaxy A52. Terdahulu, terdapat juga berita khabar angin yang menyatakan bahawa ia bakal dihuni tetapan kamera 64MP. Apa pun, nama rasmi peranti ini masih lagi berada pada tahap ramalan dan berita pada hari yang akan datang mungkin akan melengkapkan teka-teki ini.

Apakah pandangan anda? Adakah ia Samsung Galaxy A52 5G atau peranti Samsung lain? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita menarik yang lepas mengenai Samsung disini!

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version