Site icon TechNave BM

Peranti Samsung Galaxy kini dapat sokongan kemas kini sekuriti selama lebih 4 tahun

Jika sebelum ini pengguna Android khususnya Samsung mendapat kemas kini sekuriti hanya kira-kira selama dua tahun, kini pengguna Samsung bakal mendapat sokongan dalam tempoh yang lebih lama. Samsung kini mengumumkan bahawa peranti Galaxy terkini bakal menerima kemas kini sekuriti sekurang-kurangnya selama empat tahun!

Menurut Samsung, peranti Samsung Galaxy akan menerima kemas kini sekuriti minimum selama empat tahun setelah peranti dikeluarkan. Melihat kepada senarai peranti Galaxy yang diberi, peranti yang bakal menikmati sokongan kemas kini sekuriti sekurangnya dalam tempoh empat tahun ini adalah peranti Galaxy dari tahun 2019 sehinggalah kini. Anda boleh melihat senarainya seperti di bawah.

Peranti Galaxy yang layak menerima sokongan kemas kini sekuriti minimum empat tahun:

Adakah peranti anda layak? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version