Site icon TechNave BM

Peranti terakhir HUAWEI ada Google, Mate 20 dan P20 kini tiada lagi kemas kini sekuriti

Menurut siaran rasmi dari HUAWEI, pihaknya kini memaklumkan bahawa tiga peranti HUAWEI terdahulu kini tidak tersenarai lagi dalam senarai kemas kini sekuriti EMUI terbaru. Peranti yang sudah tidak mendapat kemas kini adalah tiga model dari siri HUAWEI Mate20; Mate20, Mate20 Pro dan Mate20X.

Satu model yang terselamat dan masih akan mendapat kemas kini dalam siri ini adalah HUAWEI Mate20X 5G. Selain tiga model dalam siri HUAWEI Mate20, siri HUAWEI P20 juga tidak tersenarai dalam peranti yang bakal mendapat kemas kini.

Sepintas lalu, siri HUAWEI Mate20 dan siri HUAWEI P20 telah dilancar pada tahun 2018. Kedua-dua siri ini merupakan siri terakhir yang mempunyai sokongan aplikasi Google sebelum kerajaan AS memberi tekanan terhadap mereka.

Semak spesifikasi HUAWEI Mate20 Pro
Semak spesifikasi HUAWEI P20

Adakah anda ada menggunakan siri yang bakal tidak mendapat kemas kini EMUI baru ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version