Site icon TechNave BM

Peranti vivo APEX 2020 bakal hadir pada 28 Februari ini – Dengan Super FlashCharge 120W

Berikutan penularan wabak Covid-19 yang mengakibatkan pembatalan MWC 2020, vivo turut mengambil inisiatif lain untuk melancarkan peranti terbarunya. Terkini, vivo bakal mengumumkan peranti siri APEX terbaru, vivo APEX 2020 di China pada 28 Februari.

Melalui berita ini, vivo juga menyatakan bahawa APEX 2020 bakal mempamerkan jangkaan vivo dan perkembangan telefon pintar mereka dalam tahun 2020. Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai khabar angin spesifikasi APEX 2020 yang akan dilengkapi teknologi pengecasan pantas Super FlashCharge 120W.

Melalui poster acahan di atas, kita dapat melihat vivo APEX 2020 bakal hadir dengan reka bentuk sisi yang melengkung. Melalui angka ‘120’ yang terpapar di poster, adakah ia menggambarkan pengecas Super FlashCharge 120W atau paparan 120Hz? Selain itu, sumber turut melaporkan bahawa anda dapat melihat kamera zum periskop pada panel belakang peranti.

Apa pun, APEX 2019 masih hangat di pasaran. Adakah anda bakal menyambar siri APEX terbaru ini jika ianya mendarat di Malaysia? Kongsikan bersama kami di laman Facebook. Kami akan memaklumkan liputan terkini berita pelancarannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: GIZMOCHINA

Exit mobile version