Site icon TechNave BM

Peranti Xiaomi dilengkapi kamera 108MP dengan harga termurah bakal hadir

Tetapan kamera 108MP biasanya sinonim dengan segmen telefon pintar flagship dari Xiaomi. Namun, sumber kini mendakwa bahawa sebuah lagi peranti Xiaomi baharu sedang memohon lesen akses rangkaian di China. Lebih menarik, ia didakwa sebagai peranti termurah dalam segmen peranti Xiaomi berkamera 108MP.

Menurut sumber, peranti dengan model nombor M2007J17C dengan kod nama Gaguin muncul dalam data permohonan akses rangkaian di China. Peranti ini dilaporkan mempunyai tetapan kamera 108MP.

Sebelum ini, antara peranti Xiaomi dengan tetapan kamera 108MP adalah; Mi Note 10 Pro, Mi 10 dan Mi 10 Pro. Memandangkan harga peranti baharu ini dikatakan bakal menjadi harga terendah dalam segmen peranti Xiaomi berkamera 108MP, berkemungkinan juga ia adalah untuk jenama Redmi.

Apa pun, setakat ini kami masih ketiadaan maklumat berkenaan spesifikasi lain. Namun, anda boleh menjangkakan ura-ura spesifikasinya pada berita yang akan datang. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version