Site icon TechNave BM

Peranti Xiaomi seterusnya bakal hadir dengan RAM 16GB dan pengecasan 120W

Menjadi yang terbaik tidak bermakna tidak boleh mengorak langkah ke arah yang lebih baik. Setakat ini, pelbagai jenama telefon pintar cuba memperbaik dan menaik taraf produk mereka untuk kekal bersaing dalam arena ini. Dalam arus dunia teknologi yang pantas ini, cabaran kian terasa. Dengan ini, peranti flagship Xiaomi akan datang dikatakan bakal hadir dengan RAM 16GB dan pengecas 120W.

Konfigurasi RAM 16GB dikatakan bakal hadir pada siri Mi Mix terbaru. Peranti dijangka tampil dengan reka bentuk sama dengan Mi Mix Alpha dan memiliki cipset Snapdragon 865, jadi berkemungkinan ia adalah Mi Mix 4. Sebenarnya, ini bukan kali pertama kita mendengar berita tentang RAM 16GB pada telefon pintar. Terdahulu, terdapat maklumat yang menyatakan Samsung juga sedang membina RAM 16GB untuk peranti seterusnya.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2020/06/Xiaomi-120W-charger.mp4

Selain itu, terdapat video yang menunjukkan pengecas 120W Xiaomi yang tular dalam talian. Dalam video tersebut, anda boleh melihat logo Xiaomi dengan jelas dan alat suai (adapter) dengan 2-pin. Sebelum ini, Xiaomi telah memaparkan teknologi pengecasan pantas 100W, jadi menambah lagi 20W bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mereka.

Apa pandangan anda tentang spesifikasi mantap daripada Xiaomi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version