Site icon TechNave BM

Perbankan internet RHB Now akan ditamatkan pada 31 Mac 2023

Jika anda merupakan seorang pelanggan RHB Bank, anda perlu mengambil perhatian terhadap penamatan untuk perkhidmatan perbankan dalam talian RHB Now Internet Banking dan RHB Now Mobile Banking pada 31 Mac 2023.

Selepas tarikh tersebut, ia akan digantikan dengan perkhidmatan RHB Online Banking di laman web https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login, atau aplikasi RHB Mobile Banking yang boleh dimuat turun dari Apple App Store atau Google Play Store.

RHB melakukan pemindahan daripada RHB Now kepada RHB Online Banking bagi menyediakan tahap keselamatan yang lebih tinggi. Anda masih boleh mendaftar masuk ke RHB Online Banking menggunakan kata nama dan kata laluan yang sama dengan RHB Now sebelum ini.

Jika anda mempunyai transaksi berulang (recurring transactions) dalam RHB Now, bermula 1 April 2023, semua transaksi tersebut tidak akan diproses. RHB menasihatkan anda untuk menamatkan semua transaksi berulang dalam RHB Now selepas anda melengkapkan pendaftaran untuk RHB Online Banking sebelum 31 Mac 2023.

Layari laman web RHB untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan baharu ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan RHB Online Banking dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version