Site icon TechNave BM

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyaksikan demonstrasi pemindahan data perubatan dikuasai Digi 5G

Terdahulu, Digi telah mengumumkan kerjasama dengan Hospital Sultanah Maliha di Langkawi serta Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (CREST) untuk menguji ambulans berkeupayaan 5G yang pertama di Malaysia.

Terkini, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia sendiri menyaksikan demonstrasi secara langsung pemindahan data perubatan yang dikuasai 5G oleh Digi. Demonstrasi ini berlaku di antara paramedik di dalam ambulans yang dikuasai 5G dan para doktor di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Rangkaian 5G oleh Digi ini dapat membantu pemerolehan data dengan pantas untuk perkhidmatan yang lebih baik.

5G yang membenarkan pelayaran data pesakit daripada paramedik yang tiba di lokasi kecemasan mampu meningkatkan prestasi perkhidmatan.

Adakah anda bangga akan rangkaian 5G yang mampu membantu kemudahan dalam negara Malaysia? Luahkan pendapat anda mengenai 5G Malaysia di ruangan komen. Untuk berita 5G terkini di Malaysia, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version