Site icon TechNave BM

Perhatian kepada pembayar bil unifi! Mulai 1 Mac 2023, TM akan menukar nama akaunnya

Jika anda merupakan salah seorang pelanggan unifi atau mana-mana perkhidmatan oleh Telekom Malaysia (TM), anda perlu mengetahui satu perkara baharu sewaktu anda ingin membayar bil bermula bulan hadapan.

Bermula 1 Mac 2023, sebarang pembayaran yang dilakukan melalui cek atau pindahan bank kepada Telekom Malaysia Berhad akan mempunyai nama penerima TM Technology Services Sdn Bhd. Butiran lain tentang pembayaran kepada TM adalah kekal, seperti nombor bank akaun, kod SWIFT dan alamat bank.

Perkara ini dimaklumkan kepada para pelanggan selepas TM dan syarikat subsidiarinya melakukan penyusunan semula organisasi dalaman.

Oleh yang demikian, jika nama penerima bil anda bukan lagi Telekom Malaysia Berhad dan telah ditukar kepada TM Technology Services Sdn Bhd, anda tidak perlu risau.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version