Site icon TechNave BM

Peringatan: 30 April (esok) adalah hari terakhir permohonan baru dan rayuan BPN

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan inisiatif Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk pelbagai kategori. Tempoh permohonan dan rayuan telah dibuka bermula 1 April hingga 30 April 2020. Memandangkan tarikh akhir permohonan telah hampir, kami ingin memberi peringatan mesra untuk anda membuat permohonan dan rayuan (jika masih belum melakukannya).

Untuk memohon, anda boleh merujuk cara mohon online BPN, ketahui kelayakan dan tarikh bayarannya. Bukan sahaja permohonan baharu, jika status permohonan anda tidak berjaya, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui laman web BPN.

Sebagai makluman, pembayaran BPN fasa kedua bakal diagihkan bermula 4 Mei ini. Jadi, setiap permohonan baru dan rayuan akan mula diproses pada bulan Mei. Jika permohonan anda baru sahaja lulus, bayaran akan dilakukan sekaligus pada bulan Mei ini juga.

Anda diminta untuk membuat permohonan dan rayuan pada hari ini dan esok (30 April 2020) jika masih belum melakukannya. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: LHDN

Exit mobile version