Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengingatkan para netizen agar berwaspada dengan taktik scammer yang mengambil kesempatan sewaktu tempoh sukar ini. LHDN menekankan bahawa SMS yang rasmi daripada mereka adalah dari nombor 62000 atau 63833 sahaja.
Selain itu, LHDN juga tidak akan meminta maklumat peribadi atau perbankan melalui SMS. Dalam sebuah contoh mesej oleh scammer, ia mengatakan penerima layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan penerima kononnya perlu membalas mesej tersebut dengan memberikan butiran peribadi dan perbankan dalam talian.
TechNave berharap agar para pembaca terus berwaspada dengan taktik scammer yang semakin berani pada waktu ini. Kongsi nasihat anda di Facebook kami untuk mengelak menjadi mangsa scammer dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: LHDN Facebook

