Site icon TechNave BM

Peringatan: Tiada lagi pemasangan RFID percuma bermula 15 Februari, Jumaat ini

Terdahulu, Touch ‘n Go telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh membeli tag RFID Touch ‘n Go (TNG) di semua pusat pemasangan seluruh negara dengan harga RM35. Pemasangan secara percuma telah disediakan di pusat pemasangan terpilih berdasarkan perkongsiannya di laman Facebook. Namun, pemasangan RFID secara percuma itu bakal berakhir pada Jumaat ini, 15 Februari 2020.

Sebagai peringatan untuk rakyat Malaysia, anda boleh mendapatkan RFID dengan harga yang tertera. Touch ‘n Go turut menawarkan promosi seperti yang dijanjikan, 40 pemenang bertuah bakal memenangi Ultimate RFID Toll Pass yang bernilai RM2,500 setiap satu dalam TNG eWallet. Apa pun, promosi ini bermula dari 15 Februari hingga 15 April sahaja.

Untuk makluman juga, pusat pemasangan ditutup oleh sebab penyelenggaraan sistem seperti yang dinyatakan oleh Touch ‘n Go di atas. Adakah anda sempat mendapatkan RFID percuma? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

Sumber: Facebook Touch ‘n Go

Exit mobile version