Site icon TechNave BM

Perintah eksekutif Trump baharu: Aplikasi TikTok, WeChat diharamkan di Amerika

Selepas kemelut kebimbangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap aplikasi dari China terutamanya TikTok, beliau kini menandatangani perintah eksekutif yang mengharamkan operasi transaksi aplikasi China, TikTok dan WeChat di AS bermula 15 September ini.

Perintah eksekutif ini dilihat sebagai tindakan susulan selepas perbincangan TikTok dengan Microsoft dan beberapa syarikat lain berkenaan penjualan syarikatnya, selepas ianya telah diletakkan di bawah pemeriksaan atas arahan pentadbiran Trump kerana dianggap boleh memberi ancaman pada keselamatan negara AS.

Perintah ini efektif bermula pada 15 September, melarang sebarang transaks ke aplikasi TikTok dan WeChat. WeChat kini juga seperti TikTok, dianggap sebagai ancaman keselamatan yang besar kerana mampu mengakses maklumat peribadi dan sensitif rakyat AS.

Dalam pada masa yang sama, tindakan ini mungkin menjadi tekanan untuk pemilik TikTok, ByteDance untuk menjualnya kepada AS. Trump memaklumkan beliau menyokong penjualan operasi TikTok di AS kepada Microsoft jika kerajaan mendapat sebahagian besar daripada harga jualan aplikasi itu.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beirtahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version