Site icon TechNave BM

Perisian WhatsApp Beta kini boleh dimuat turun di Microsoft Store

Untuk mereka yang ingin menggunakan perisian khas untuk permesejan WhatsApp dalam komputer Windows, mereka kini boleh mencuba WhatsApp Beta yang kini boleh dimuat turun dari Microsoft Windows App Store.

Perisian tersebut dibina dengan Universal Windows Platform (UWP) dan notifikasi akan masih berfungsi walaupun sewaktu ia ditutup. Antara fungsi menarik dalam perisian ini adalah Writing Pad dan Multi-Device Functionality yang membenarkan anda untuk mengakses WhatsApp dalam komputer walaupun telefon anda sedang ditutup.

Ini adalah berlainan dengan WhatsApp Desktop, di mana WhatsApp Beta adalah sebuah perisian serba baru yang dikhaskan untuk penggunaan dalam komputer. WhatsApp Desktop sebelum ini memerlukan anda untuk menghidupkan telefon pintar untuk menggunakannya.

Fungsi Writing Pad

Perlu diingati bahawa perisian ini masih lagi dalam fasa Beta dan pihak pembina masih perlu melakukan pelbagai pembaikian untuknya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan WhatsApp Beta dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Aggiornamenti Lumia

Exit mobile version