Site icon TechNave BM

Perkhidmatan Apple percuma boleh ditebus melalui aplikasi TnG eWallet

Apple menawarkan banyak perkhidmatan hiburan seperti Music, TV+, iCloud+ dan Arcade. Kesemua perkhidmatan ini perlu dilanggan pada harga serendah RM16.90 sebulan untuk Music dengan satu bulan penggunaan percuma, RM29.90 sebulan untuk TV+ dengan tujuh hari penggunaan percuma, tambahan ruang iCloud 2TB untuk RM39.90 sebulan dan Arcade pada RM19.90 sebulan dengan satu bulan percuma.

Kini, terdapat tawaran percuma sekiranya anda melanggan perkhidmatan di atas untuk tempoh sekurang-kurangnya dua bulan bagi pengguna baharu. Tawaran ini boleh didapati melalui aplikasi Touch ‘n Go (TnG) eWallet di halaman utamanya.

Seperti dalam aplikasi, anda boleh menebus perkhidmatan mengikut pilihan anda sehingga tiga bulan penggunaan percuma. Sila ikuti langkah di bawah untuk menebus dan melanggan perkhidmatan yang disediakan:

  1. Pergi ke Tetapan (Settings) iphone, klid pada ‘Apple ID’ dan pilih ‘Pembayaran dan Penghantaran’ (Payment and Shipping) untuk log masuk
  2. Klik pada ‘Tambah Kaedah Pembayaran’ (Add Payment Method)
  3. Pilih TnG eWallet dan klik pada ‘Pergi ke aplikasi TnG eWallet untuk sahkan’ (Go to TnG eWallet to verify)
  4. Sahkan pada halaman kebenaran
PerkhidmatanPelanggan baharuPelanggan sedia adaTempoh kempenCatatan
Apple MusicPercuma 2 bulanPercuma 1 bulanSehingga 4 Ogos 2024Tawaran tidak sah untuk Apple Music Family atau Apple Music Student
Apple TV+Percuma 3 bulanPercuma 3 bulanSehingga 24 Mac 2024Tidak boleh digabungkan dengan tawaran lain yang menyediakan akses kepada Apple TV+
iCloud+Percuma 4 bulanPercuma 4 bulanSehingga 4 Ogos 2024
Apple ArcadePercuma 2 bulanPercuma 2 bulanSehingga 24 Mac 2024Tidak boleh digabungkan dengan tawaran lain yang menyediakan akses kepada Apple Arcade

Kemudian, anda boleh mula menikmati perkhidmatan yang dilanggan selama tempoh percuma yang diberikan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version