Site icon TechNave BM

Perkhidmatan dompet digital Razer Pay bakal ditamatkan hujung September 2021

Hari ini pihak Razer mengumumkan bahawa perkhidmatan dompet digital Razer Pay bakal ditamatkan tidak lama lagi.

Pihak Razer Pay juga memberi peringatan dalam kemaskini terbaharunya yang menunjukkan tarikh terakhir digital dompet itu beroperasi setelah tiga tahun diperkenalkan.

Pendaftaran baharu dan perkhidmatan tambah nilai juga tidak dibenarkan bermula hari ini, 6 Ogos 2021.

Sehubungan itu, pengguna Razer Pay diminta untuk mengeluarkan semua wang dan kredit simpanan daripada dompet digital itu sebelum 30 September 2021.

Pihak Razer Pay telah mengeluarkan langkah-langkah kepada para penggunanya untuk melakukan pengeluaran yang mana pengguna perlu pergi ke tab “Withdraw > Cash Out > Add Bank Account > Select Bank Accounts > Enter Bank Account Number > Enter OTP Number > Enter Amount > Confirm Payment PIN > Cash Out Successful”.

Harus diingatkan bahawa jumlah maksima untuk pengeluaran sehari ialah RM1,500 dan terhad kepada 5 transaksi sahaja. Proses pengeluaran dana tersebut mengambil masa sehingga 5 hari waktu bekerja sebelum anda menerimanya.

Adakah anda berpuas hati dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Amanz

Exit mobile version