Site icon TechNave BM

Perkhidmatan internet DiGi akan dihentikan pada 25 Oktober untuk kerja penyelenggaraan

Digi mengumumkan bahawa sesetengah perkhidmatan internet mereka akan dimatikan atau diperlahankan pada 25 dan 26 Oktober 2021 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.

Antara perkhidmatan yang terlibat adalah VoLTE dan VoWiFi yang akan dimatikan secara sementara pada hari Isnin, 25 Oktober jam 9:00 malam hingga Selasa, 26 Oktober jam 9:30 pagi.

Selain itu, perkhidmatan pembayaran bil, UMB serta transaksi Digi Store dan Digi Kiosk pula akan dimatikan secara sementara pada hari Isnin, 25 Oktober jam 11:30 malam hingga Selasa, 26 Oktober jam 9:30 pagi.

Perkhidmatan lain seperti panggilan telefon, SMS, MMS, Kod Pengesahan Transaksi (TAC) dan penggunaan data roaming sehingga 5Mbps masih berjalan seperti biasa sepanjang tempoh ini.

Pelanggan dinasihatkan untuk membayar bil, menambah nilai atau melaksanakan sebarang hal pembayaran sebelum waktu di atas bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Beritahu kami di Facebook jika artikel ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Digi

Exit mobile version