Site icon TechNave BM

Perkhidmatan KWSP mengalami gangguan, kini dalam proses pembaikan

Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) hari ini telah memuat naik status bahawa perkhidmatannya tergendala buat masa ini. Melalui status Facebook yang telah dibuat oleh akaun rasmi KWSP, mereka mengatakan terdapat gangguan di semua cawangannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP.

Pihak KWSP sedang berusaha memulihkan perkhidmatan dan akan mengemas kini status Facebook sebaik sahaja semua kerja pembaikan selesai. Perkhidmatan yang tergendala termasuklah akses web i-Akaun (ahli dan majikan), sistem perkhidmatan di cawangan dan akses aplikasi i-Akaun.

Sementara itu bagai mereka yang ingin menyumbang kepada penyelidikan Kaji Selidik Literasi Kewangan KWSP 2022, anda boleh klini di sini. Objektif kaji selidik ini adalah untuk mengkaji tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi membantu KWSP merangka dasar dan program yang bersesuaian.

Oleh itu, KWSP dapat meningkatkan kefahaman dalam pengurusan kewangan diri bagi menangani isu-isu semasa dan masa hadapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version