Site icon TechNave BM

Perkhidmatan dalam talian KWSP tergendala sehingga 2 Mac ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa beberapa perkhidmatan dalam taliannya akan tergendala sementara waktu bagi tujuan penyelenggaraan sistem. Gangguan ini dijangka berlangsung dari 28 Februari hingga 2 Mac 2025 sebagai persediaan untuk pengiraan dan pengumuman kadar dividen tahunan.

Perkhidmatan yang terlibat termasuk aplikasi dan portal web i-Akaun, Terminal Layan Diri (SST), i-Invest, i-Lindung dan pendaftaran dalam talian i-Saraan serta i-Suri. Gangguan ini akan bermula pada 28 Februari jam 1 petang hingga 1 Mac.

Selain itu, versi klasik i-Akaun (Ahli), i-Akaun (Majikan), i-Akaun (Rakan Niaga) dan ePayroll akan tergendala sehingga 2 Mac. KWSP memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menjangkakan perkhidmatan akan kembali beroperasi seperti biasa selepas tempoh tersebut.

Menurut laporan media tempatan, KWSP dijadualkan mengadakan sidang media pada 1 Mac untuk mengumumkan butiran dividen dengan kadar dianggarkan antara 5.70% hingga 6.00%. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: KWSP

Exit mobile version