Site icon TechNave BM

Perkhidmatan Mastercard Bill Pay dilancar di Malaysia, pertama di Asia Pasifik

Malaysia menjadi negara pertama di Asia Pasifik yang melancarkan perkhidmatan Mastercard Bill Pay iaitu mekanisme pengurusan bil baharu yang menggabungkan paparan bil elektronik dan pembayaran di satu tempat. Ia dilancarkan hari ini oleh Mastercard dengan kerjasama ATX Fintech Holdings Sdn Bhd.

Mastercard Bill Pay tersedia kepada pengguna melalui dompet digital ATX GoPay dan platform pembayaran dalam talian berasaskan web PayHub2U. Pengurus Mastercard untuk Malaysia dan Brunei, Beena Pothen berkata bahawa lebih AS$25 bilion (RM109 bilion) dan merentas satu bilion bil dibayar setiap tahun di Malaysia.

Tambahnya, lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan e-pembayaran untuk bil kerana berlaku pandemik COVID. Bagaimanapun, menurutnya, hanya 50% daripadanya didigitalkan dan Mastercard berada di sini untuk menyokong inisiatif kerajaan serta Bank Negara Malaysia untuk membuat pembayaran secara digital.

Ia membolehkan pengguna melihat dan menyatukan semua bil mereka daripada berbilang pengebil (biller) dan pembayaran boleh dibuat daripada pelbagai termasuk memautkan akaun bank dan menyimpan maklumat kad. Pengasas dan ketua pegawai eksekutif ATX Sashi Kumar berkata bahawa ia disokong oleh GoPay dan PayHub2U.

Mastercard Bill Pay akan memberikan kecekapan, ketelusan, kelajuan dan kebolehaksesan yang lebih besar untuk pengguna. Sashi berkata syarikat fintech itu telah berintegrasi dengan 13 pengebil (biller) dan berminat untuk mengembangkan rangkaiannya melalui lebih banyak perkongsian dalam beberapa bulan akan datang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version