Site icon TechNave BM

Perkhidmatan Maybank akan tergendala buat sementara pada 9 Oktober 2024

Maybank mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan penyelenggaraan untuk perkhidmatan perbankan mereka pada 9 Oktober 2024 dalam tempoh yang lebih awal daripada biasa. Sepanjang tempoh tersebut, kebanyakan perkhidmatan Maybank tidak boleh dilaksanakan oleh pengguna.

Bagi menyediakan sistem Maybank untuk menghadapi pelbagai transaksi berkaitan kempen beli belah 10.10 pada hari seterusnya, Maybank akan menyelenggara sistem mereka pada pukul 11:30 malam hingga 11:59 malam.

Berikut adalah perkhidmatan Maybank yang tidak boleh digunakan sepanjang tempoh tersebut:

Para pengguna dinasihati untuk melaksanakan sebarang tugas perbankan mereka sebelum waktu penyelenggaraan tersebut. Beritahu kami di Facebook jika artikel ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Maybank

Exit mobile version