Site icon TechNave BM

Perkhidmatan Maybank akan tergendala selama setengah jam pada 11 Disember

Para pengguna Maybank dinasihatkan untuk mengambil tahu tentang penghentian sementara perkhidmatan perbankan pada hari Jumaat, 11 Dismber jam 11:30 malam hingga 11:59 malam.

Perkhidmatan yang terlibat termasuklah Maybank2u, pembayaran atas talian, aplikasi Maybank2u, aplikasi MAE, aplikasi QRPay Biz, aplikasi Wealth, pembayaran FPX, urus niaga kad debit, mesin ATM dan mesin deposit cek.

Mungkin Maybank ingin bersiap sedia untuk peningkatan urus niaga dalam talian sewaktu jualan besar-besaran pada hari seterusnya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version