Site icon TechNave BM

Perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan internet dibenarkan sewaktu PKP

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan infrastruktur internet kini dibenarkan di dalam zon hijau iaitu kawasan yang tidak mempunyai kes positif COVID-19. Ini termasuk kerja pemasangan jalur lebar talian tetap, pembaikan, penyelenggaraan rangkaian dan pemasangan infrastruktur baharu.

Kakitangan syarikat internet juga diberi kebenaran untuk memasuki premis pelanggan sekiranya premis tersebut berada dalam zon hijau. Pekerja dan pelanggan perlu mengemukakan deklarasi kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi.

Sepanjang perkhidmatan, pekerja dan pelanggan perlu mematuhi garis panduan yang selamat dan mengamalkan penjarakan sosial.

Bagi zon kuning dan merah, sebarang pemasangan dan penyelenggaraan internet hanya boleh dilakukan di pusat pengedaran (distribution point) sahaja. Sebarang perkhidmatan di premis pelanggan hanya terhad kepada premis yang menyediakan perkhidmatan perlu dan kritikal sahaja.

Beritahu kami apakah pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version