Site icon TechNave BM

Perkhidmatan penstriman sooka dilancar di Malaysia: Tonton pelbagai siri TV & filem secara percuma!

Astro hari ini telah melancarkan perkhidmatan penstriman terbaru iaitu sooka yang menawarkan kandungan filem dan siri televisyen secara percuma atau berbayar. sooka menawarkan kandungan yang disasarkan kepada penonton milenial dan terdiri daripada program hiburan, drama, sukan global dan banyak lagi.

sooka menawarkan siaran untuk pelbagai sukan bertaraf dunia yang bakal disiarkan secara langsung seperti UEFA EURO 2020, Kejohanan Dunia BWF, Liga Perdana Inggeris (BPL), Formula 1, Wimbledon Grand Slam dan banyak lagi.

Daripada segi hiburan, sooka menawarkan pelbagai drama tempatan seperti Projek: Anchor SPM, Rindu Awak Separuh Nyawa, Jebat, Scammer, The Maid, Ahli Bapak-Bapak Club dan Curi-curi Cinta. sooka juga bakal menawarkan pelbagai siri televisyen eksklusif seperti Hantu Bonceng 2.0, Hawa dan PHD Muzik.

Bagi memeriahkan lagi pengenalan sooka kepada rakyat Malaysia, mereka akan menganjurkan sebuah pelancaran khas bersama para pelakon Projek: Anchor SPM, DJ Keanu dan DJ Isha di laman Facebook ERA FM dan Hitz FM pada hari Rabu 9 Jun (esok) jam 8:30 malam.

sooka boleh dimuat turun dalam Apple App Store atau Google Play Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mencubanya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version