Site icon TechNave BM

Perkhidmatan perbankan Maybank tidak berfungsi buat sementara waktu

Nampaknya, pengguna Maybank mengalami kesulitan untuk log masuk atau melakukan beberapa perkhidmatan buat masa ini. Menurut halaman Facebook syarikat itu, bank mengalami masalah teknikal dan akan menyelesaikannya tidak lama lagi.

Seperti yang dinyatakan pada Facebook Maybank, aplikasi MAE dan M2U tidak dapat digunakan buat sementara waktu. Perkhidmatan perbankan mudah alih, penggunaan kad kredit dan kad debit juga mengalami masalah yang sama.

Syarikat sedang mengusahakan isu ini dan perkhidmatan akan disediakan seperti biasa. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version