Site icon TechNave BM

Perkhidmatan “sugar daddy” Sugarbook kini dilarang di Malaysia

Selepas pelbagai kontroversi melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, Sugarbook kini telah diharamkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Walau bagaimanapun, ahli-ahli Sugarbook masih boleh mengakses perkhidmatan tersebut melalui pautan (link) baru.

Menurut sumber, Sugarbook telah menghantar pemberitahuan emel baru kepada ahli-ahlinya tentang cara untuk mengakses perkhidmatan itu selepas ia dilarang oleh SKMM. Jika anda bukan seorang ahli dan cuba mengakses laman web itu, sebuah mesej akan terpapar mengatakan bahawa Sugarbook kini diharamkan di Malaysia atas percanggahan undang-undang.

Walau bagaimanapun, aplikasi Sugarbook masih boleh diakses dan tidak dipengaruhi oleh arahan SKMM. Ini mungkin berikutan SKMM yang masih menanti tindakan daripada Google untuk membuangnya daripada Play Store tempatan. Buat masa ini, SKMM masih lagi dalam penyiasatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan mengambil tindakan undang-undang jika aktiviti jenayah seperti pelacuran berlaku dalam laman web itu.

Pada 2019, Sugarbook pernah mendirikan sebuah papan iklan di lebuhraya Kuala Lumpur namun ia telah diturunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version