Site icon TechNave BM

Perkhidmatan untuk My OPPO diutamakan dalam sambutan Ulang Tahun ke-3 syarikat

Sejak dilancarkan tiga tahun lalu, aplikasi My OPPO memberi perkhidmatan kepada lebih 2 juta pengguna di Malaysia dengan mencipta lebih banyak nilai, termasuk ganjaran yang menakjubkan dari semasa ke semasa seperti sambutan Member’s Day yang diadakan pada 16 hingga 18 setiap bulan. 

Setelah mendaftar sebagai ahli My OPPO, pelanggan boleh membuka tahap dan keistimewaan baharu dengan memperoleh mata pengalaman melalui pembelian produk. Pelbagai hadiah dan kupon disediakan seperti ganjaran hari lahir, diskaun eksklusif untuk kos pembaikan, baucar makanan dan minuman serta banyak lagi.

Aplikasi ini juga menghubungkan ahli melalui pengalaman O-Time eksklusif yang memudahkan interaksi mendalam antara ahli dan syarikat. Ini termasuk pengalaman First-Hand tentang produk terkini, sesi interaktif, bengkel gaya hidup berpengalaman seperti kelas memasak dan perkongsian pengetahuan produk.

Skor Promoter Bersih (NPS) yang juga dikenali sebagai kadar kepuasan pelanggan dinilai 94% untuk perkhidmatan jualan. Pelanggan berhak menikmati pelbagai perkhidmatan percuma seperti pembaikan hantar masuk, kos buruh, diskaun, perkhidmatan nyah kuman, naik taraf perisian dan pembaikan kilat 1 jam secara umum.

Selain itu, OPPO Malaysia telah menyepadukan perkhidmatan selepas jualannya secara beransur-ansur ke dalam kedai sejak November 2019. Kini, terdapat 17 My OPPO Spaces, dua Pusat Servis dan satu pusat servis pembaikan hantar-masuk di Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai My OPPO di laman web rasminya dan daftar menjadi ahli OPPO untuk menikmati promosi dan tawaran hebat sempena Ulang Tahun ke-3 My OPPO. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version