Site icon TechNave BM

Perlawanan di Liga NBA ditangguhkan, berikutan pemain yang disahkan positif COVID-19

Jika anda terbiasa menonton permainan bola keranjang, NBA adalah sebuah nama yang tidak asing dalam dunia sukan bola keranjang. Terkini, NBA telah menangguhkan perlawanan pada malam ini kerana salah seorang pemain pasukan Utah Jazz telah disahkan positif COVID-19.

Perlawanan akan datang sepatutnya bakal menyaksikan pertempuran di antara Utah Jazz dan Oklahoma City Thunder. Namun, berita ini pastinya mengecewakan peminat yang telah membeli tiket. Peminat seantero dunia turut terkesan, terutamanya yang sentiasa menanti untuk menonton liga ini.

Apa pun, semestinya pembatalan perlawanan ini adalah satu langkah proaktif daripada NBA untuk membendung penularan pandemik atau wabak COVID-19. Kami tidak mempunyai sebarang maklumat tentang perlawanan seterusnya. Namun, kami akan memaklumkan jika perlawanan akan diteruskan melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Berikutan COVID-19 yang telah diumumkan menjadi satu wabak/pandemik oleh WHO, kami sarankan agar anda mengambil langkah proaktif dengan mengelakkan daripada berada di tempat orang ramai dan menjaga kebersihan.

Sumber: Laman Twitter @TomerAzarly @wojespn

Exit mobile version