Site icon TechNave BM

Perlukan hadiah sempena Hari Natal? Jabra kini tawarkan promosi untuk Elite 3, Elite 8 Active dan Elite 10

Sebagai salah sebuah syarikat peneraju dalam pembuatan produk audio, Jabra menyambut musim cuti dengan tawaran koleksi Jabra’s Holiday yang menampilkan fon telinga Elite 3, Elite 8 Active dan Elite 10.

Jabra Elite 3 yang sebelum ini berharga RM389, kini boleh didapati pada harga istimewa RM249. Fon telinga ini menghasilkan bunyi dan ciri yang luar biasa seperti pengasingan bunyi dan kesedaran HearThrough.

Bagi mereka yang inginkan ketahanan, anda boleh memilih Jabra Elite 8 Active. Ia berharga RM1,049 dan mempunyai beberapa ciri istimewa seperti memenuhi Piawaian Ketenteraan AS, perlindungan IP68 dan menyampaikan bunyi jelas dengan Pembatalan Bunyi Aktif Hibrid Adaptif.

Sorotan utama tentunya kepada peranti andalan seperti Elite 10 yang berharga RM1,299. Ia dioptimumkan untuk Dolby Atmos dan menampilkan Pembatalan Bunyi Aktif Aktif, teknologi ComfortFit serta bantuan suara bebas tangan.

Tambahan, Jabra turut menganjurkan ‘JOM CUTI! CABUTAN BERTUAH’ yang memberikan peserta peluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk percutian di Club Med Phuket atau Club Med Cherating. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version