Site icon TechNave BM

Permainan “Empayar: The Melaka Chronicles” diperkenal, bertemakan Kesultanan Melayu Melaka

Untuk menghasilkan sesebuah permainan mudah alih bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, empat syarikat tempatan telah berganding bahu bagi menghasilkan permainan mudah alih berdasarkan sejarah Ketamadunan Melayu Melaka iaitu “Empayar: The Melaka Chronicle”.

Syarikat yang terlibat dalam kerjasama ini ialah UniVRse, Illogical, Studio Kembara dan Luncai Emas. “Empayar: The Melaka Chronicle” merupakan sebuah pengembaraan epik Andika, seorang pengawal kesultanan yang berusaha membasmi kejahatan dan konspirasi dalam era Kesultanan Melayu Melaka sebelum penjajahan Portugis.

Permainan ini menawarkan pengalaman RPG (Role-playing game) dengan sistem modifier yang unik. Gaya pertarungan “Empayar: The Melaka Chronicle” terinspirasi daripada genre soulsbourne. Ia dijadualkan untuk dilancarkan di Apple AppStore dan Google PlayStore, namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Semasa fasa pra pelancaran, kami mendapat akses eksklusif kepada ujian beta sebelum ianya dikeluarkan secara rasmi. Fasa ini membolehkan development team dapat mengumpul maklum balas daripada pemain. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Empayar di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version