Site icon TechNave BM

Permainan Laser Tag versi baru, Tazer Tag dengan serangan kejutan elektrik kecil

Di sebalik virus kesibukan yang menyerang kebanyakan manusia, terdapat pelbagai jenis hiburan yang dibina oleh manusia sendiri untuk menjadikan hidup lebih seronok. Salah satu hiburan yang turut dinikmati sesetengah rakyat Malaysia, laser tag, kini telah dikembangkan oleh Michael Reeves menjadi tazer tag.

Menurut Nerdist, Reeves menggunakan Arduino microcontroller yang merupakan papan litar dengan cip yang boleh diprogramkan untuk melakukan banyak perkara, contohnya mengaktifkan peranti kejutan elektrik apabila ia ditembak. Jika anda menjadi sasaran tembakan tazer tag, anda akan merasai satu kejutan elektrik kecil yang mampu mencetuskan keseronokan atau mungkin anda langsung tidak berani untuk cabaran ini.

Peranti kejutan elektrik tersebut dipasang pada aksesori seperti anak baju yang disarungkan di badan. Reeves yang merupakan seorang YouTuber terkenal dalam reka ciptanya telah memuat turun video pengalaman bermain tazer tag ini di laman Youtube.

Berani atau tidak? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita teknologi terkini di TechNaveBM.com.

Sumber

Exit mobile version