Site icon TechNave BM

Permintaan Galaxy Tab S8 sangat tinggi di AS sehingga tempahannya terpaksa ditutup sementara waktu

Samsung memulakan tahun 2022 mereka awal minggu ini dengan pelancaran Galaxy S22, S22 Plus, Galaxy S22 Ultra dan siri Galaxy Tab S8 baharu yang menampilkan tablet Ultra buat kali pertama. Ternyata Tab S8 dan S8 Ultra sangat popular sehingga Samsung terpaksa menutup sementara waktu tempahan di AS.

Samsung mengatakan bahawa mereka sangat teruja dengan sambutan pengguna terhadap barisan Galaxy Tab S8 terbaharunya. Disebabkan permintaan yang menggalakkan dalam tempoh 48 jam yang lalu, mereka terpaksa menutup sementara waktu tempahan di Samsung.com untuk Galaxy Tab S8 Ultra dan Galaxy Tab S8.

Samsung sedang berusaha dengan pantas untuk memenuhi keterujaan dan permintaan pengguna. Galaxy Tab S8 membawa satu siri inovasi yang menjadikannya peningkatan yang agak besar berbanding model sebelumnya. Inovasi ini termasuk stilus S Pen yang mempunyai kependaman (latency) yang sangat rendah seperti menggunakan pen di atas kertas.

Cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan paparan Dynamic AMOLED 2x 14 inci yang pertama kelihatan sangat luar biasa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: XDA-developers

Exit mobile version