Site icon TechNave BM

Permintaan PlayStation 5 kekal tinggi walaupun dengan peningkatan harga

Dalam sebuah mesyuarat kewangan untuk suku kedua 2022 pada awal bulan ini, Sony melaporkan bahawa permintaan untuk konsol gaming PlayStation 5 (PS5) kekal tinggi, walaupun dengan peningkatan harganya sejak bulan Ogos lalu untuk pasaran Eropah, Kanada, Australia, Jepun dan China.

Pada waktu ini, PS5 masih sukar didapati di pelbagai negara kerana pengilangannya yang perlahan, namun ini tidak menurunkan minat ramai gamers untuk memiliki konsol terbaru oleh Sony.

Menurut Pegawai Ketua Kewangan (CFO) Sony, Hiroki Totoki, beliau berkata permintaan PS5 tidak menurun namun mereka akan terus meneliti keadaan pasaran pada masa hadapan. Harga PS5 kini adalah lebih mahal berbanding pesaing utamanya, Xbox Series X, namun permintaan PS5 masih mengalahkan konsol Microsoft itu.

Syarikat itu juga mengatakan para pemain PS5 kini membeli lebih banyak game untuk konsol baharu itu daripada konsol sebelumnya, menandakan pemilikan PS5 yang lebih tinggi pada waktu ini.

Waktu permainan PS5 pada suku kedua 2022 juga meningkat berbanding suku pertama 2022, namun lebih rendah daripada suku kedua 2021 kerana situasi COVID-19 yang semakin pulih pada tahun ini memudahkan pemilik PS5 untuk keluar rumah dan tidak meluangkan banyak masa bermain game.

Sony mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan pengilangan PS5 bagi memenuhi permintaan tinggi di seluruh dunia. Menurutnya, permintaan untuk PS5 sangat tinggi sehingga 100,000 konsol itu berjaya dijual dalam masa sekitar 17.5 jam sahaja.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sony

Exit mobile version