Site icon TechNave BM

Permintaan semakin berkurang, penghantaran panel untuk iPhone 14 Plus ‘hampir 0’

Jualan iPhone 14 Plus semakin menurun di mana data baharu yang dikongsi oleh penganalisis Apple, Ross Young menunjukkan bahawa penghantaran panel untuk iPhone 14 Plus dijangka “hampir 0 pada bulan Disember.”

Menurut Young, pembelian paparan daripada Apple dalam rantaian bekalan untuk iPhone 14 pada 2022 berada di landasan untuk meningkat 10% berbanding barisan iPhone 13 pada 2021. Menurut data sebelum ini, siri iPhone 14 Pro terus membawa peningkatan dalam harga jualan purata untuk barisan iPhone 14. 

Apple sangat bergantung kepada metrik ini sewaktu melaporkan pendapatannya kepada pihak pelabur. Namun, seperti yang dikhabarkan panel Plus dijangka hampir 0 pada bulan Disember kerana permintaan untuk model itu terhenti.

Pembelian panel iPhone 14 Series untuk 2022 kini kelihatan meningkat 10% berbanding perolehan siri iPhone 13 2021 walaupun pasaran telefon pintar jatuh 9%. Harga Jualan Purata (ASP) gabungan peranti tersebut juga meningkat 10% dengan siri iPhone 14 Pro menyumbang 64% bahagian berbanding 51% untuk 13 Pro/Max.

Laporan sebelum ini mengatakan bahawa Apple sebenarnya telah menghentikan pengeluaran iPhone 14 Plus untuk menyelaraskan pengeluaran dan permintaannya dengan lebih baik. Walaupun permintaannya lebih rendah daripada jangkaan, namun Apple dikatakan masih merancang iPhone 15 Plus untuk tahun hadapan.

Tetapi dengan keadaan semasa, Apple memberi amaran bahawa sekatan COVID-19 yang berterusan di China akan memberi kesan besar pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version