Site icon TechNave BM

Permintaan untuk telefon pintar 5G semakin berkurangan dalam pasaran Asia Tenggara

Kini, banyak syarikat telekomunikasi yang telah menandatangani perjanjian dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk rangkaian 5G. Ia semakin terkenal dengan kelajuan yang lebih lancar kepada pengguna. Walau bagaimanapun, laporan baru-baru ini mengatakan bahawa fasa itu semakin berkurangan kerana pengguna mula berfikir dua kali.

Dalam laporan itu, dikatakan permintaan pengguna terhadap telefon pintar 5G di pasaran Asia Tenggara kini mula merosot. Pada suku kedua tahun ini, terdapat penurunan 7% dalam penghantaran telefon 5G. walaupin daripada segi peratus kelihatan sikit, tetapi penghantaran datang dalam jumlah yang amat besar.

Penganalisis Canalys, Chiew Le Xuan berkata pengguna telah mengalihkan kembali pandangan mereka kepada aspek telefon yang lebih praktikal. Ini termasuk hayat bateri, storan, kelajuan pemproses dan kualiti kamera. Lebih-lebih lagi, pengguna masih belum melihat bagaimana 5G memberi impak dalam aktiviti sosial dalam talian harian mereka kerana 4G sudah cukup baik untuk itu.

Walaupun begitu, industri ini sedang menuju ke era 5G dan teknologi itu dijangka berkembang di seluruh Asia dalam beberapa tahun akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Financial Times

Exit mobile version