Site icon TechNave BM

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia kini dibuka sehingga 31 Januari 2022

Rakyat Malaysia kini boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan rakyat boleh buat pendaftaran baharu atau mengemas kini maklumat untuk bantuan tersebut di laman web rasmi BKM.

Permohonan secara fizikal juga boleh dilakukan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Menurut beliau, pada tahun ini kerajaan telah memperuntukkan RM8.2 bilion untuk BKM dan akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima. Ini adalah satu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada 2021.

BKM juga akan mengimport data secara automatik daripada golongan yang telah menerima pelbagai bentuk bantuan kerajaan pada tahun lepas. Ini termasuklah:

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version