Site icon TechNave BM

Permohonan i-Sinar KWSP akan dibuka dalam talian bermula 21 Disember ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa lapan juta ahlinya boleh memohon untuk kemudahan i-Sinar bermula 21 Disember bagi mengurangkan beban kewangan sewaktu pandemik COVID-19. Mereka yang layak boleh mengeluarkan wang sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Pemohon akan terdiri daripada dua kategori: Kategori 1 ialah mereka yang bekerja dalam sektor formal atau bekerja sendiri yang sudah hilang pekerjaan dan lama tidak mencarum, mereka yang diberi notis cuti tanpa gaji dan suri rumah. Mereka yang tergolong dalam Kategori 1 boleh mula memohon pada 21 Disember ini, di mana pembayaran akan bermula pada pertengahan Januari 2021.

Kategori 2 pula ialah mereka yang masih bekerja namun mengalami potongan gaji sebanyak 30% ke atas sejak 1 Mac 2020. Mereka yang tergolong dalam Kategori 2 boleh mula memohon pada 11 Januari 2021 di mana status permohonan akan disahkan dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya.

Pendaftaran boleh dibuat di laman web KWSP pada tarikh yang telah ditetapkan. Di samping itu, jangan terpedaya dengan laman web atau aplikasi palsu dalam memohon i-Sinar. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membuat permohonan i-Sinar dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: KWSP

Exit mobile version