Site icon TechNave BM

Permohonan i-Sinar KWSP dibuka bermula hari ini untuk Kategori 1

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini boleh membuat permohonan i-Sinar untuk mengeluarkan wang demi meringankan beban sewaktu pandemik COVID-19. Pemohon yang layak memohon bermula hari ini adalah daripada Kategori 1 sahaja, iaitu mereka yang sudah hilang pekerjaan, lama tidak mencarum, diberi notis tanpa gaji atau suri rumah.

Permohonan i-Sinar akan dibuka selama enam bulan bermula hari ini. Pencarum boleh mengeluarkan wang sehingga RM10,000 dan memilih jadual bayaran antara sebulan sehingga enam bulan.

Untuk Kategori 2 pula, permohonan akan dibuka bermula 11 Januari 2021. Kategori 2 adalah mereka yang masih bekerja namun mengalami potongan gaji sebanyak 30% sejak 1 Mac 2020.

Anda boleh memohon kemudahan i-Sinar di laman web rasmi di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membuat permohonan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version