Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah menerima tawaran untuk menjadi penaja rasmi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United. Langkah ini dilihat sebagai peluang besar untuk memperluaskan jenama Perodua ke peringkat antarabangsa memandangkan kelab tersebut mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia.
Setakat ini, butiran lanjut mengenai bentuk penajaan masih belum didedahkan. Namun, jika kerjasama ini menjadi kenyataan, ia berpotensi memberikan pendedahan global yang luar biasa kepada syarikat automotif Malaysia itu.
Perodua dan Manchester United dijangka mengadakan perbincangan lanjut sebelum mencapai persetujuan rasmi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Kosmo

