Site icon TechNave BM

Perplexity AI tawar Google RM155 bilion untuk beli Chrome

Syarikat teknologi kecerdasan buatan (AI) Perplexity AI membuat kejutan apabila menawarkan US$34.5 bilion (~RM155 bilion) untuk membeli pelayar web popular Google Chrome. Nilai yang ditawarkan adalah hampir dua kali ganda daripada anggaran harga sebenar Chrome iaitu sekitar US$18 bilion.

Tawaran ini dibuat ketika Google sedang berdepan siasatan antitrust di Amerika Syarikat yang berkemungkinan memaksa syarikat itu menjual Chrome. Perplexity mendapat sokongan pembiayaan daripada pelabur besar seperti SoftBank dan Nvidia. Mereka juga berjanji akan mengekalkan kod Chrome sebagai sumber terbuka, tidak menukar enjin carian lalai serta melabur kira-kira US$3 bilion untuk menambah baik pelayar tersebut dalam tempoh dua tahun.

Setakat ini, Google belum memberikan sebarang reaksi terhadap tawaran itu. Ramai penganalisis percaya langkah ini lebih kepada strategi pemasaran untuk menarik perhatian dunia kepada Perplexity dan mempromosikan pelayar AI mereka sendiri, Comet, berbanding benar-benar mengharapkan Google menjual Chrome.

Jika berjaya, pemilikan Chrome oleh Perplexity boleh mengubah persaingan pasaran pelayar web di seluruh dunia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WSJ

Exit mobile version