Site icon TechNave BM

Perpustakaan perlu utamakan bahan digital dan AI

Capaian bahan digital di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meningkat sebanyak 60.98% selepas COVID-19 dan secara tidak langsung menunjukkan perubahan signifikan dalam keutamaan pengguna terhadap bahan bacaan digital.

Pada 2023, peningkatan mendadak penggunaan perpustakaan dalam talian mencatatkan 17,722,027 bahan digital dirujuk. Norihan Mohamed Naim, Setiausaha Kanan Pengurusan Kementerian Perpaduan Negara (KPN), menyatakan bahawa teknologi semakin menjadi keperluan selepas pandemik.

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023 mendapati pengguna kini cenderung membaca melalui platform digital seperti Kobo Touch dan Amazon Kindle selain bahan fizikal. Beliau menegaskan perpustakaan harus menyediakan aplikasi digital seperti portal u-Pustaka yang menawarkan akses kepada e-buku, e-jurnal dan bahan digital lain tanpa had.

Selain itu, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analisis data wajar diperluaskan untuk pengalaman pengguna lebih interaktif. AI boleh digunakan untuk memberikan cadangan bahan bacaan berdasarkan minat dan sejarah peminjaman menjadikan perpustakaan lebih relevan dan mesra pengguna.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Malaysia Tribune

Exit mobile version