Site icon TechNave BM

Pertandingan Fotografi HONOR Magic Moments pada 6 April ini, jelajah Malaysia dengan siri HONOR Magic

HONOR Malaysia bakal mengadakan jelajah fotografi di seluruh negara untuk merakam keindahan landskap dan budaya masyarakat tempatan menerusi #MagicMomentsofMalaysia

Penjelajahan sempena Pertandingan Fotografi HONOR Magic Moments yang akan diadakan pada 6 April ini telah menghabiskan pusingan di sekitar Petaling Street, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Jelajah ini akan diteruskan ke Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor Bahru dan Ipoh, Perak. 

Terletak di kawasan luar bandar, kawasan perkampungan Kuala Selangor dikelilingi keindahan alam semulajadi. Dengan tri-kamera utama Falcon Triple Main Camera HONOR Magic5 Pro, helang terbang tinggi dapat dirakam menunjukkan warna dan tekstur bulu terang dengan jelas meskipun helang terbang laju. 

Jelajah ini turut bekerjasama dengan kelab Fotografi Mudah Alih Malaysia yang mana jurugambar mudah alih profesional telah berpeluang merakam suasana, budaya dan kehidupan seharian penduduk di sekitar Petaling Street menggunakan HONOR Magic5 Pro. 

Peserta turut berpeluang bersiar-siar di sekitar Georgetown, Pulau Pinang dengan menaiki kereta mewah Mercedes-Benz yang disediakan rakan kongsi kenderaan rasmi Cycle & Carriage. Bagi mereka yang berminat, anda boleh klik di sini untuk menyertai jelajah fotografi #MagicMomentsofMalaysia.

Ketahui maklumat terkini mengenai siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs di laman web rasmi HONOR di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version