Site icon TechNave BM

Pertandingan PUBG dan FIFA ‘online’ untuk belia Sarawak, jumlah hadiah sehingga RM10,400

Pelbagai organisasi dilihat berusaha untuk bangkit dengan berbagai langkah bagi menggalakkan rakyat supaya kekal berada di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Belia & Sukan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) akan menganjurkan pertandingan ‘Sarawak Youth Stay At Home Esports Challenge‘ secara dalam talian.

Pertandingan ini menampilkan platform game yang diminati ramai, PlayerUnknown’s BattleGrounds (PUBG) dan FIFA 20. Perlu diingatkan bahawa, pertandingan ini terbuka kepada belia di negeri Sarawak yang berumur 15 hingga 40 tahun. FIFA 20 akan dimulakan pada 10 April hingga 11 April,diselangi PUBG yang akan dimulakan pada 12 April hingga 12 April. Apa yang menariknya, anda bukan sahaja boleh menyertai perlawanan, tetapi mendapat peluang membawa pulang ganjaran sehingga RM2,000 untuk pemenang pertama yang menjumlahkan jumlah ganjaran yang diberi dalam pertandingan ini adalah RM10,400.

Untuk pendaftaran FIFA 20 dalam talian, anda boleh klik pada pautan ini, manakala untuk pendaftaran PUBG Mobile, anda boleh klik pada pautan ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk kepada nombor yang tertera pada poster di atas.

Kami merasakan usaha ini akan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan belia! Luahkan pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sarawak Esports Association

Exit mobile version