Site icon TechNave BM

Pesaing WhatsApp, Telegram kini sudah ada lebih 500 juta pengguna aktif!

Aplikasi perhubungan atau permesejan dalam talian adalah medium perhubungan utama di seluruh dunia. Selain WhatsApp, terdapat beberapa aplikasi lain seperti Signal, WeChat dan Telegram. Aplikasi Telegram kini mengumumkan bahawa ia sudah memiliki lebih 500 juta pengguna aktif!

Menurut Telegram, sebanyak 25 juta pengguna baharu dalam masa 72 jam telah menyumbang kepada jumlah keseluruhan lebih 500 juta. Di sisi yang lain, WhatsApp kini sedang mengalami konflik berkenaan kemas kini polisi baharunya. Terdahulu, pengasas Tesla seperti Elon Musk juga mencadangkan agar pengguna beralih kepada aplikasi Signal.

Untuk pengetahuan anda, konflik WhatsApp mengetengahkan isu perkongsian data dengan Facebook dan Instagram. Pengguna khuatir topik perbualan dalam aplikasi WhatsApp bakal dikongsi untuk tujuan cadangan pengiklanan di Facebook dan Instagram.

Apa pun, adakah anda salah seorang pengguna Telegram? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version