Site icon TechNave BM

Pesanan AirPods 3 dilaporkan dikurangkan lebih 30%, terdapat kegagalan strategi pemasaran

Pada bulan Oktober lalu, Apple telah melancarkan AirPods 3 baharunya secara rasmi. Ramai beranggapan bahawa penjualannya akan berjaya namun dakwaan tersebut meleset. Menurut penganalisis dan pakar Apple Ming-Chi Kuo, AirPods 3 adalah sebahagian daripada strategi pembahagian produk yang gagal untuk Apple.

Permintaan AirPods3 didakwa jauh lebih rendah berbanding AirPods 2. Oleh itu, Apple dikatakan telah mengurangkan pesanan AirPods 3 daripada pembekalnya sebanyak lebih 30% untuk suku kedua dan ketiga tahun ini (April hingga September).

Nampaknya Apple mungkin menghentikan pengeluaran AirPods Pro sejurus selepas AirPods Pro 2 dilancarkan kelak untuk mengelakkan mengulangi kesilapan yang sama. AirPods 2 kekal dijual selepas AirPods 3 dilancarkan dan masih tersedia sehingga hari ini. Tidak mengejutkan, AirPods2 juga lebih murah sebanyak $50 iaitu berharga $129 berbanding $179.

Ini menjadikan AirPods 3 berada di tengah-tengah antara AirPods 2 dan AirPods Pro. Pastinya, AirPods Pro adalah lebih mahal tetapi sekurang-kurangnya menawarkan pemadaman bunyi dalam telinga dan pembatalan hingar aktif.

Oleh itu, kami membuat spekulasi bahawa mereka yang mahukan fon telinga Apple yang terbaik akan memilih AirPods Pro manakala mereka yang mahukan sepasang fon telinga Apple yang murah akan memilih AirPods 2. Inilah masalahnya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version