Site icon TechNave BM

Petanda pelancaran peranti ‘gaming’ Lenovo Legion makin hampir, melepasi kelulusan China

Terkini, sumber melaporkan peranti gaming Lenovo Legion telah melepasi kelulusan 3C (agensi kelulusan produk di pasaran China). Melalui kelulusan ini, mungkin kita dapat menyimpulkan bahawa pelancarannya di pasaran China sudah semakin hampir.

Peranti Lenovo Legion hadir dalam penyenaraian 3C dengan nombor model L79031. Turut didedahkan adalah sokongan 5G, pengecasan pantas 90W, kadar segar semula 144Hz bersama kadar sentuhan 270Hz. Ia bakal dioperasikan RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.0.

Gambar promosi terdedah

Peranti Lenovo Legion dikhabarkan memiliki tetapan kamera 64MP + 16MP (ultra lebar) bersama kamera selfie pop-up di sisi 20MP.

Nantikan berita tarikh pelancaran rasminya di China melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia!

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version