Site icon TechNave BM

Peti sejuk LG dan Samsung Smart InstaView bakal memudahkan urusan dapur anda

Adakah anda bersedia untuk menyertai CES 2020 yang merupakan pameran teknologi pengguna paling dinanti-nantikan? Ini kerana pengeluar peralatan elektrik rumah berinovasi Samsung dan LG akan melancarkan rangkaian peti sejuk terbaru dengan mengetengahkan keupayaan penambahan kapasiti pada tahun ini. Edisi terbaru peti sejuk pintar Family Hub Samsung sesuai untuk mereka yang mengidamkan keluasan dalaman peti sejuk manakala generasi kedua LG InstaView ThinQ dilengkapi dengan kamera yang boleh mengenal pasti makanan. Dengan teknologi kamera yang boleh mengimbas apa saja yang ada di dalam peti sejuk selain mampu mengesan barangan yang tidak boleh digunakan lagi.

Peti sejuk pintar Family Hub Samsung pertama kali diumumkan pada CES 2016 dan sejak itu syarikat Samsung telah melancarkan produk yang diperbaharui dengan sokongan Bixby, integrasi SmartThings, dan AKG Speaker. Edisi terkini mampu menambah peningkatan perisian untuk membolehkan pengiktirafan imej AI di dalam kamera.

Peningkatan perisian juga merangkumi perancangan makanan yang lebih baik dengan bantuan Whisk, sebuah teknologi permulaan makanan Samsung yang dilancarkan pada tahun lepas. Whisk membolehkan pengguna merancang pemakanan dalam jangka masa seminggu dan kemudian membantu membuat senarai membeli-belah dengan menggunakan bahan-bahan yang digunakan untuk pelbagai resipi.

Jenama LG mengeluarkan dua model peti sejuk InstaView dengan menampilkan paparan 22 inci yang boleh bertukar menjadi lut sinar bagi membolehkan pengguna melihat apa yang ada di dalam tanpa membuka pintu peti sejuk. Hebat bukan?

Pastinya kedua-dua peti sejuk ini tidak akan datang dengan harga yang murah. Apa kata anda? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini dalam dunia telefon pintar!

Sumber: Vox Media

Exit mobile version