Site icon TechNave BM

PETRONAS jadi syarikat pertama di Malaysia hasilkan dan bekalkan SAF

PETRONAS mencatat sejarah apabila berjaya menghasilkan dan membekalkan Sustainable Aviation Fuel (SAF) campuran tempatan pertama di Malaysia. Ini menandakan satu kejayaan besar dalam usaha dekarbonisasi sektor penerbangan negara. Penghantaran pertama dibuat pada 12 September 2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

SAF dihasilkan melalui fasiliti blending PETRONAS sebelum dihantar ke KLIA menggunakan saluran paip multi-produk milik Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB), syarikat usaha sama antara PETRONAS dan ExxonMobil.

Bahan api ini mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila disahkan di bawah International Sustainability & Carbon Certification (ISCC) dan memenuhi piawaian sebagai CORSIA-eligible fuel yang diiktiraf Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

SAF buat pertama kali digunakan oleh Malaysia Airlines untuk siri penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London antara 1 hingga 16 September 2025. Kejayaan ini membuktikan kemampuan syarikat menyediakan bekalan SAF yang berterusan serta boleh diskala bagi memenuhi permintaan masa depan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PETRONAS

Exit mobile version