Site icon TechNave BM

Phone Link for iOS kini tersedia pada Windows 11, akses penuh iMessage melalui PC

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa Phone Link for iOS kini tersedia untuk semua pengguna Windows 11. Fungsinya adalah membenarkan pengguna iPhone membuat/menerima panggilan telefon, menghantar/menerima mesej melalui iMessage, mengakses kenalan mereka dan pemberitahuan terus pada PC Windows.

Phone Link for iOS sebelum ini hanya berfungsi dengan telefon Android. Windows mula melancarkan Phone Link for iOS pada Windows 11 bulan lepas dalam 39 bahasa di 85 pasaran dan menyatakan bahawa ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk dilancarkan kepada semua pengguna.

Phone Link for iOS menawarkan sokongan asas untuk panggilan, mesej dan kenalan tetapi ia mempunyai beberapa had kerana ia tidak menyokong pilihan untuk membalas mesej kumpulan atau menghantar imej serta video. Microsoft menyatakan bahawa mesej hanya akan dihantar apabila telefon anda disambungkan ke PC.

Pemberitahuan dihantar ke PC melalui pemberitahuan Windows yang bermaksud pengguna boleh menyemak, menyimpan dan mengetepikan tetingkap daripada antara muka Windows. Untuk menggunakan Phone Link for iOS, pengguna dibimbing melalui proses persediaan yang akan memasangkan iPhone ke PC melalui Bluetooth.

Phone Link for iOS memerlukan iPhone dengan iOS 14 atau lebih tinggi, peranti Windows 11, sambungan Bluetooth dan versi terkini aplikasi Phone Link . Sokongan tidak tersedia untuk iPad (iPadOS) atau MacOS pada masa ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Microsoft

Exit mobile version